Diasaskan pada tahun 2000, Francazure merupakan salah satu daripada beberapa syarikat yang mengenali potensi aromaterapi yang amat besar di Asia. Dalam masa hanya 10 tahun, syarikat ini telah diiktiraf di rantau ini dan telah membuktikan dirinya dengan perkembangan yang pesat melalui kepakarannya dalam Pemasaran Rangkaian. Francazure seterusnya berkembang menjadi salah satu syarikat Pemasaran Rangkaian yang terbesar di Asia.
Penyelidikan yang berterusan dan usaha untuk mencapai kecemerlangan merupakan bukti kami untuk menyampaikan produk yang terbaik kepada rakan niaga kami. ESTEBEL, rangkaian penjagaan kulit aromatik yang dirumus dengan khasiat herba-herba semula jadi dari Provence telah diperkenalkan pada tahun 2002. Ia menawarkan rangkaian produk yang luas bagi memenuhi citarasa dan kehendak rakan niaga masa kini dari aspek kecantikan. Selain itu, sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan niaga yang mempromosikan produk ESTEBEL, ESTEBEL SPA telah dibuka pada tahun 2003 untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan eksklusif serta rawatan persendirian.
Didorong oleh usaha yang berterusan untuk kesempurnaan, Francazure merasmikan label tersendiri iaitu ED. PINAUD pada tahun 2006. Bagi meneruskan legasi kemasyhuran yang menakjubkan dan menghormati Edouard Pinaud yang dikenali sebagai “Pencipta Wangian” di Paris, Syarikat telah memperkenalkan siri kosmetik eksklusif pada tahun 2007 diikuti dengan koleksi minyak wangi pada tahun 2008. Berasaskan buah-buahan, bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan semulajadi, sebanyak 10 jenis minyak wangi yang menawan telah dipilih untuk menarik daya perhatian seseorang.
Dedikasi terhadap kecantikan diteruskan pada awal tahun 2010 dimana barang kemas ED. PINAUD yang terdiri daripada empat siri yang berinspirasi dan berkekalan telah diperkenalkan, iaitu “L’Essentielle”, “Clochettes”, “Les Anigamis” dan “Chiffre Secret”. Barang kemas ED. PINAUD adalah dicipta dengan inspirasi, kehalusan dan keharmonian yang merangkumi destini ED. PINAUD yang luar biasa. Pada tahun 2010-2013, ED. PINAUD telah melancarkan siri produk aromaterapi bernama 5th Element, manakala ESTEBEL pula melancarkan siri produk aromaterapi bernama 6th SCENSE untuk menciptakan ruang rumah yang penuh dengan keharuman yang menenangkan hati dan jiwa anda. Matlamat untuk mengejar kesempurnaan tidak berhenti disini; pada tahun 2014, ED. PINAUD telah melancarkan siri jam tangan sukan tersendiri, dimana koleksinya yang elegan dan unik.
Semangat inovasi yang berterusan telah melahirkan Inovital yang melambangkan “inovasi” dan “daya hidup”. Ia menawarkan rangkaian lengkap produk penjagaan kesihatan. Inovital bertujuan membangunkan falsafah “dekat dengan anda” untuk berkongsi dan menyebarkan pengetahuan gaya hidup yang sihat kepada pengguna.
Sejak dekad yang lalu, Francazure telah menyahut pelbagai cabaran dan perubahan, menjadikannya lebih kukuh dan perniagaan pemasaran rangkaiannya meningkat tanpa henti. Kini, dilengkapi dengan pengetahuan dan keyakinan, Francazure meneroka dengan penuh semangat dan cekap dalam bidang perniagaan global.
“Lahir di Asia, Kembang ke Global” adalah semangat asal-usul dan masa depan kami. Sepanjang tempoh yang mencabar ini, Francazure akan terus berjaya dan juga mengekalkan standard perniagaannya dengan produk-produk eksklusif dan berkualiti. Dengan ini, Francazure mengesahkan kepercayaan dan sokongan para rakan niaga yang motivasinya layak mendapat pengiktirafan antarabangsa.